Wednesday 20 July 2011

Aaden's Solid Food From Mommy with LOVE

I dah start buat solid food for Aaden.. Banyak cara penyediaan solid food yang I belajar dari hasil survey di internet dan juga melalui pembacaan.. Seronok dapat masakkan untuk anak yang baru nak belajar makan ni.. 




Beras untuk bubur nasi Aaden yang i dah blend.. 


Beras dibasuh dulu.. Then I keringkan beras dengan cara sangai.. Iaitu, goreng tanpa minyak.. Api sederhana besar je.. Bila beras tu macam start melekat-lekat kat kuali, you all jangan panic pulak ye.. Relax je, and make sure beras tu dah betul-betul kering, then baru la tutup api dapur.. Lepas tu blend, samada guna jar yang biasa atau yang untuk blend kering.. Kalau guna yang untuk blend kering beras jadi lebih halus.. Pakai beras yang dah blend ni, cepat sikit masak.. :)



Yay!! Dah label dah :)


Then I buatkan broccoli puree, Ajwa dates (kurma) puree, and pumpkin puree untuk dicampurkan dalam bubur nasi Aaden.. Lupa pula nak ambil gambar masa proses buat puree tu.. Lain kali I ambil gambar okay..




Broccoli puree :)




Ajwa Dates puree :)




Pumpkin puree :)




Covered ice tray


Covered ice tray tu I beli kat Giant.. Harga RM2.99 untuk dua.. Ada macam-macam colours.. Yang I nampak ada colour pink, biru dan purple (seperti di atas).. I beli warna purple sebab i suka purple :)

Segala jenis puree ni I rebus dengan kadar air yang sangat minimum.. Kalau boleh jangan rebus lama sangat, nanti hilang khasiatnya.. Cuma untuk pumpkin puree tu kena la rebus sampai lembut dan empuk ye.. Then tunggu sekejap sampai agak dah tak panas, then blend.. Dates puree pun I buat maca tu juga.. Untuk broccoli I steamed je.. Kalau buat fruits puree pun boleh steam.. Nak rebus pun boleh.. Ikut suka masing-masing.. Masukkan puree ke dalam ice tray yang bertutup.. Sila pastikan ice tray bertutup sebelum masuk ke dalam freezer okay.. Bila dah sejuk boleh la dimasukkan ke dalam freezer.. Bila dah mengeras macam ais tu you all boleh la keluarkan ketulan puree tu ke dalam bekas macam yang I buat tu.. Seterusnya begitulah juga kepada dates puree and pumpkin puree serta segala jenis puree yang anda buat..



Dua sudu makan Aaden's rice untuk bubur nasi 




Tambahkan beberapa kiub frozen pumpkin puree.. Ikut suka nak berapa banyak :)




Bubur nasi yang sudah sebati bersama-sama frozen pumpkin puree




Bubur nasi + pumpkin puree setelah blend.. Yay!!



So, portion yang I guna tu dapat untuk dua bekas kecil dadih untuk 1 hari makan.. Siang dan malam.. Setakat ni baru bagi Aaden makan 2 kali sehari.. Actually, I dah try bagi Aaden bubur yang dah siap masak tanpa blend.. Aaden tak suka.. So, I need to blend the porridge untuk dapatkan texture bubur yang seperti di atas.. So, esok boleh try porridge + dates puree pula.. Lusa porridge + broccoli puree.. Actually nak campurkan beberapa jenis puree dalam porridge anak tu pun boleh.. Ingat ye kawan-kawan, NO SALT AT ALL!

Satu hari I habiskan masa untuk buat stock tiga jenis puree tu.. Termasuk Aaden's Rice.. Takpe Aaden, demi Aaden, mommy rela.. 

Owh, people might say kenapa nak susah-susah buat macam ni? Kan boleh beli yang dah siap.. Tinggal bancuh je.. Hello, you should know mana yang lebih berkhasiat okay.. Dan yang paling penting, air tangan mommy dia sendiri.. Sama la macam susu.. Kan susu ibu lebih baik dari susu lembu.. I tak dapat nak exclusively breastfeed anak I, walau pelbagai petua yang I dah buat untuk tambahkan susu badan I ni.. So bila Aaden dah start makan ni, biar la mommy masak sendiri okay sayang.. And proud to say that, walaupun susu I dah tak banyak, Aaden masih breastfeeding.. Tak dapat banyak pun takpe, janji ada.. Selagi mommy boleh breastfeed Aaden, selagi tu mommy akan berusaha.. Yeah!!

Selamat Mencuba Mommies!! :)



Bye!

6 comments:

  1. bgusnye mommy aaden ni..start baby bpe bln ye bg die mkn?aku nak wat cm ko gak la pas qisya dah blh mkn...hehehe

    ReplyDelete
  2. Baby 6 bulan baru boleh makan tau Iqa.. Kalau orang suruh ko bagi anak ko makan sekarang, jangan bagi tau.. Lantak la diorang kata anak lapar la, kesian la.. Nanti kalau dia sakit lagi kesian.. Ikut cakap doktor, 6 bulan baru start bagi makan k.. :)

    ReplyDelete
  3. hehe...orait mommy..kak.ngah kimi pun kata cmtu gak sbb cian kat baby sbb usus die lmbut lg kan..pasni tlg update wat puree plak yek..huhu

    ReplyDelete
  4. I found this very useful.Will def do the same thing for my baby.Tapi bila tuh I nak ada baby pon xsure la *lol* But the time will come, for sure! Love seeing Aaden in his romper.Comel!No wonder lah Aaden demok sebab hari2 makan nutritional food.

    ReplyDelete
  5. Bravo darl.. Bgus la ko. Dulu aku x Dan nk wt cmni since edreen xde prob mkn porridge. Jus aku mmg bykkn air & msk a bit longer so that the rice become smooth.. But yg 2nd nnt nk wt cm ni la. Looks very enjoy!!

    ReplyDelete