Wednesday 20 July 2011

Aaden's Solid Food From Mommy with LOVE

I dah start buat solid food for Aaden.. Banyak cara penyediaan solid food yang I belajar dari hasil survey di internet dan juga melalui pembacaan.. Seronok dapat masakkan untuk anak yang baru nak belajar makan ni.. 




Beras untuk bubur nasi Aaden yang i dah blend.. 


Beras dibasuh dulu.. Then I keringkan beras dengan cara sangai.. Iaitu, goreng tanpa minyak.. Api sederhana besar je.. Bila beras tu macam start melekat-lekat kat kuali, you all jangan panic pulak ye.. Relax je, and make sure beras tu dah betul-betul kering, then baru la tutup api dapur.. Lepas tu blend, samada guna jar yang biasa atau yang untuk blend kering.. Kalau guna yang untuk blend kering beras jadi lebih halus.. Pakai beras yang dah blend ni, cepat sikit masak.. :)



Yay!! Dah label dah :)


Then I buatkan broccoli puree, Ajwa dates (kurma) puree, and pumpkin puree untuk dicampurkan dalam bubur nasi Aaden.. Lupa pula nak ambil gambar masa proses buat puree tu.. Lain kali I ambil gambar okay..




Broccoli puree :)




Ajwa Dates puree :)




Pumpkin puree :)




Covered ice tray


Covered ice tray tu I beli kat Giant.. Harga RM2.99 untuk dua.. Ada macam-macam colours.. Yang I nampak ada colour pink, biru dan purple (seperti di atas).. I beli warna purple sebab i suka purple :)

Segala jenis puree ni I rebus dengan kadar air yang sangat minimum.. Kalau boleh jangan rebus lama sangat, nanti hilang khasiatnya.. Cuma untuk pumpkin puree tu kena la rebus sampai lembut dan empuk ye.. Then tunggu sekejap sampai agak dah tak panas, then blend.. Dates puree pun I buat maca tu juga.. Untuk broccoli I steamed je.. Kalau buat fruits puree pun boleh steam.. Nak rebus pun boleh.. Ikut suka masing-masing.. Masukkan puree ke dalam ice tray yang bertutup.. Sila pastikan ice tray bertutup sebelum masuk ke dalam freezer okay.. Bila dah sejuk boleh la dimasukkan ke dalam freezer.. Bila dah mengeras macam ais tu you all boleh la keluarkan ketulan puree tu ke dalam bekas macam yang I buat tu.. Seterusnya begitulah juga kepada dates puree and pumpkin puree serta segala jenis puree yang anda buat..



Dua sudu makan Aaden's rice untuk bubur nasi 




Tambahkan beberapa kiub frozen pumpkin puree.. Ikut suka nak berapa banyak :)




Bubur nasi yang sudah sebati bersama-sama frozen pumpkin puree




Bubur nasi + pumpkin puree setelah blend.. Yay!!



So, portion yang I guna tu dapat untuk dua bekas kecil dadih untuk 1 hari makan.. Siang dan malam.. Setakat ni baru bagi Aaden makan 2 kali sehari.. Actually, I dah try bagi Aaden bubur yang dah siap masak tanpa blend.. Aaden tak suka.. So, I need to blend the porridge untuk dapatkan texture bubur yang seperti di atas.. So, esok boleh try porridge + dates puree pula.. Lusa porridge + broccoli puree.. Actually nak campurkan beberapa jenis puree dalam porridge anak tu pun boleh.. Ingat ye kawan-kawan, NO SALT AT ALL!

Satu hari I habiskan masa untuk buat stock tiga jenis puree tu.. Termasuk Aaden's Rice.. Takpe Aaden, demi Aaden, mommy rela.. 

Owh, people might say kenapa nak susah-susah buat macam ni? Kan boleh beli yang dah siap.. Tinggal bancuh je.. Hello, you should know mana yang lebih berkhasiat okay.. Dan yang paling penting, air tangan mommy dia sendiri.. Sama la macam susu.. Kan susu ibu lebih baik dari susu lembu.. I tak dapat nak exclusively breastfeed anak I, walau pelbagai petua yang I dah buat untuk tambahkan susu badan I ni.. So bila Aaden dah start makan ni, biar la mommy masak sendiri okay sayang.. And proud to say that, walaupun susu I dah tak banyak, Aaden masih breastfeeding.. Tak dapat banyak pun takpe, janji ada.. Selagi mommy boleh breastfeed Aaden, selagi tu mommy akan berusaha.. Yeah!!

Selamat Mencuba Mommies!! :)



Bye!

Tuesday 19 July 2011

Aaden's First Swimming Class with Daddy

Hari ni bawak Aaden pergi swimming kat club house for the first time.. Galak sangat okay.. Masa mula-mula masuk dalam swimming pool tu hubby kata keras je badan dia.. Maybe air sejuk.. Tak lama lepas tu dia la yang paling excited.. Haih~.. Anak, anak.. :)




Aaden keras je.. :)



Aaden dah start suka..



Daddy galak ;P



Daddy bawa Aaden ke tengah pool..



Cubaan masukkan Aaden dalam pelampung (1)



Cubaan masukkan Aaden dalam pelampung (2)



Yay!! Dah masuk dalam pelampung tapi termenung pulak..



Hisap pelampung.. Semua benda pun nak hisap.. Haih~



Sukanya dia..



Aaden sejuk la daddy..



Hisap jari.. Elok la tu..



Tendang-tendang dalam air (1)



Tendang-tendang dalam air (2)



Penat + mengantuk lepas swimming, tapi tetap nak smile :)


Seronok tengok Aaden tak takut nak masuk dalam air.. Lepas ni Aaden kena selalu swim dengan daddy sampai pandai tau, sebab mommy tak reti swim ;P .. Me and hubby nak Aaden pandai swim sebab swimming ni bagus untuk baby yang kena asthma untuk kuatkan paru-paru mereka.. Aaden tak ada asthma.. Tapi ini adalah pengalaman hubby sendiri.. Masa dia baby, dia ada asthma.. So, PIL bawa dia ke swimming class.. Alhamdulillah, asthma dia hilang sebelum dia berusia 6 tahun..



Pengsan and terbongkang lepas swimming.. Kesian anak mommy :)



Bye!

Monday 18 July 2011

Miam Cafe, Bukit Jelutong.. Yummmeeehhh!!

First time dengar nama cafe ni dari hubby, I macam... "What? Nian?" Then hubby pun, "Haah.." Okay la, dia nak bawa I pergi dinner kat 'Nian Cafe' tu.. Sampai je depan cafe ni I terus tepuk dahi.. Laaaa, 'Miam' rupanya.. Tapi kenapa 'Miam'? Haih, banyak pulak soalan.. Nak nama cafe yang unik kot.. 

Rupa-rupanya, nama 'Miam' tu dari nama 'Maryam'.. The cafe owner.. Owh, baru tau.. Hehe.. She's sweet and pretty :) .. Makan kat sini sumpah sedaaaaap sangat.. Tak payah nak pergi Italiannies dah.. Hehe.. Memang boleh dikatakan semuanya sedap-sedap.. Interior design pun sangat menarik dan selesa.. Cantik je.. Ada indoor smoking area and outdoor seatings too.. 

So, last Friday me and hubby bawa my sis-in-law, her boyfriend, cousin (kakak) and her son, Mikhail went makan-makan at this cafe..



Interior design nampak cozy je..



Sis-in-law, Puteri & boyfriend, Asna :)



Hubby's choice



Hubby's meal :)



Hubby's favourite drink, Evervess Ginger Ale.. :)



Mine, Spaghetti Carbonara..  Yumeeehhh!! :)



Puteri's, Beef Lasagna..



Asna's, Spaghetti Meatballs..



Kakak's, Squid ink Alfredo with Smoked Salmon..



Mikhail's kids meal.. Spaghetti Bolognese..



Kakak tengah melayan Mikhail yang tengah menge'pow' makanan umi dia.. 



Kami yang happy lepas perut kenyang!! Thanks Miam ambilkan gambar kitorang :)


Esoknya pula, Wani ajak me & hubby pegi Miam Cafe sebab nak beli Red Velvet Cake yang sumpah sedap nak mati.. Dah alang-alang sampai tu kami pun dinner la sekali.. 



Terasa nak makan nasi.. Thumbs up! 
I tak ingat nama meal ni.. Tapi ayam dia tu sedap gila! Nasi pun sedap.. 
Kalau I dah dapat nama meal ni I'll update k :)



Hubby's.. Homemade Beef Burger.. Daging dia sangat moist.. Sedap!



Wani's.. Chicken Lasagna..



Cool~


Sorry Wani, saya lupa nak ambil gambar awak.. Gambar Red Velvet Cake pun lupa.. Adoi.. Tapi takpe, you all bole view page Miam Cafe di Facebook ye.. Macam-macam info ada di sana.. 

Owh, I tak dirasuah atau diberi discounts untuk buat entry ni ye.. Ikhlas dari hati yang tulus mulus ini.. So, siapa-siapa yang duduk berdekatan Shah Alam boleh la drop by okay :)


Bye!